 |
Barisan Jemaah PSSPGM & PSSGZ |
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya pada tarikh
17hb Ogos 2013 bersamaan dengan 10 Syawal 1434 Hijriah persatuan ini telah
mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri digelanggang persilatan PSSGZ, Gelugor Pulau Pinang... Alhamdulillah jemaah-jamaah Gerak Zikir yang terlibat kesemuanya bertungkus lumus serta memberi komitmen yang terbaik dalam menyiapkan
tempat dan menyediakan juadah untuk memastikan
majlis ini berlangsung dengan lancar ...
Dianggarkan sebanyak 200 lebih tetamu yang hadir dimajlis ini. Diantara pertubuhan silat yang menjadi tetamu dimajlis rumah
terbuka PSSGZ ialah Pertubuhan
Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
( PSSPGM ). Kami PSSGZ berharap dengan kehadiran PSSPGM dapat
mengukuhkan lagi silatulrahim dan ukhuwah diantara dua pencak silat ini dalam dunia persilatan
... insyaALLAH...
Antara tetamu terhormat yang turut hadir ialah Datuk Ariff Shah dan Datin Latifah ( Isteri ) serta keluarga
Diucapkan jutaan terima kasih pada jemaah-jemaah PSSPGM dan Datuk Ariff Shah serta keluarga kerana
sudi meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan lagi majlis rumah terbuka hari
raya PSSGZ pada tahun ini. Walaupun sederhana saja
majlis ini ... alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jaya dan amat meriah ..
InsyaALLAH ... jumpa lagi pada HARI RAYA AIDILFITRI tahun depan ......
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN "
 |
Ayahanda Guru Suhairi dan Ayahanda Dicky |
 |
Meja Buffet Juadah Hari Raya |
 |
Datuk Ariff Shah bergambar bersama Kekanda Firoz |