Friday, September 6, 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PSSGZ

Barisan Jemaah PSSPGM & PSSGZ


 Assalamualaikum ...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat  ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya pada tarikh 17hb Ogos 2013 bersamaan dengan 10 Syawal 1434 Hijriah persatuan ini telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri digelanggang  persilatan PSSGZ, Gelugor Pulau Pinang...  Alhamdulillah jemaah-jamaah Gerak Zikir  yang  terlibat kesemuanya bertungkus lumus serta memberi komitmen yang terbaik dalam menyiapkan tempat dan menyediakan juadah  untuk memastikan majlis ini berlangsung  dengan lancar ...

Dianggarkan sebanyak 200 lebih tetamu yang hadir dimajlis ini. Diantara pertubuhan silat yang menjadi tetamu dimajlis rumah terbuka PSSGZ ialah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
( PSSPGM ). Kami PSSGZ berharap dengan kehadiran PSSPGM dapat mengukuhkan lagi silatulrahim dan ukhuwah diantara dua pencak silat ini dalam dunia persilatan ... insyaALLAH...

Antara tetamu terhormat yang turut hadir ialah Datuk Ariff Shah dan Datin Latifah ( Isteri ) serta keluarga 

Diucapkan jutaan terima kasih pada jemaah-jemaah PSSPGM  dan Datuk Ariff Shah serta keluarga kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan lagi majlis rumah terbuka hari raya PSSGZ pada tahun ini. Walaupun sederhana saja majlis ini ... alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jaya dan amat meriah .. 

InsyaALLAH ... jumpa lagi pada HARI RAYA AIDILFITRI tahun depan ...... 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN "


Ayahanda Guru Suhairi dan Ayahanda Dicky
Meja Buffet Juadah Hari Raya
Datuk Ariff Shah bergambar bersama Kekanda Firoz

No comments:

Post a Comment