Monday, September 16, 2013

Monday, September 9, 2013

Pengtauliahan dan Pengijazahan

Ayahanda Guru Suhairi dab Bonda Ina bersama anak-anak Seni Silat Gerak Zikir

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah ... pada 3hb dan 4hb November 2012..semua anak-anak Seni Silat Gerak Zikir diwajibkan untuk mengambil pengtauliah dan pengijazaah bagi menguji tahap ilmu pesilatan masing-masing. Walaupun ujian diambil dalam keadaan cuaca hujan dikedua-dua hari, namun ia tidak menghalang semua pesilat-pesilat untuk meneruskan ujian. Semuanya kerana keizinan ALLAH S.W.T

Warna-warna Wafaq menunjukan tahap-tahap ilmu dan kemahiran para pesilat itu sendiri yang dinilai oleh Ayahanda Guru Suhairi. Terdapat lima warna wafaq iaitu :

  • Wafaq Putih       :   Tahap 1
  • Wafaq Hijau      :   Tahap 2
  • Wafaq Merah    :   Tahap 3
  • Wafaq Kuning   :   Tahap 4
  • Wafaq Hitam     :   Tahap 5 ( Tahap tertinggi )
Alhamdulillah, semua pesilat-pesilat yang mengambil ujian pengtauliahan dan pengijazahan memberi komitmen yang baik ..dengan keizinan ALLAH S.W.T, semuanya berakhir dengan jayanya dan penuh bersemangat..

Majlis Perasmian Penubuhan "PERSATUAN SENI SILAT GERAK ZIKIR"

Ayahanda Guru Suhairi bersama barisan tetamu kehormat
Assalamualaikum ...

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... bersyukur kami anak-anak GERAK ZIKIR kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan keizinan-Nya pada tanggal 24hb September 2012  dengan rasminya penubuhan persatuan kami secara sah dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966

Ucapan Ayahanda Guru Suhairi
Setelah lama jemaah-jemaah PSSGZ membuat perancangan, perbincangan dan persediaan akhirnya hasrat jemaah-jemaah PSSGZ termakbul juga ..
Majlis bermula pada pukul 8.30 malam, selain upacara perasmian ... para-para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan silat oleh pesilat-pesilat Gerak Zikir...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya ...

Friday, September 6, 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PSSGZ

Barisan Jemaah PSSPGM & PSSGZ


 Assalamualaikum ...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat  ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya pada tarikh 17hb Ogos 2013 bersamaan dengan 10 Syawal 1434 Hijriah persatuan ini telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri digelanggang  persilatan PSSGZ, Gelugor Pulau Pinang...  Alhamdulillah jemaah-jamaah Gerak Zikir  yang  terlibat kesemuanya bertungkus lumus serta memberi komitmen yang terbaik dalam menyiapkan tempat dan menyediakan juadah  untuk memastikan majlis ini berlangsung  dengan lancar ...

Dianggarkan sebanyak 200 lebih tetamu yang hadir dimajlis ini. Diantara pertubuhan silat yang menjadi tetamu dimajlis rumah terbuka PSSGZ ialah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
( PSSPGM ). Kami PSSGZ berharap dengan kehadiran PSSPGM dapat mengukuhkan lagi silatulrahim dan ukhuwah diantara dua pencak silat ini dalam dunia persilatan ... insyaALLAH...

Antara tetamu terhormat yang turut hadir ialah Datuk Ariff Shah dan Datin Latifah ( Isteri ) serta keluarga 

Diucapkan jutaan terima kasih pada jemaah-jemaah PSSPGM  dan Datuk Ariff Shah serta keluarga kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan lagi majlis rumah terbuka hari raya PSSGZ pada tahun ini. Walaupun sederhana saja majlis ini ... alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jaya dan amat meriah .. 

InsyaALLAH ... jumpa lagi pada HARI RAYA AIDILFITRI tahun depan ...... 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN "


Ayahanda Guru Suhairi dan Ayahanda Dicky
Meja Buffet Juadah Hari Raya
Datuk Ariff Shah bergambar bersama Kekanda Firoz

Wednesday, September 4, 2013

Salam Ukhuwah dan Salam Perjuangan

Logo Rasmi PSSGZ
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH
SALAM UKHUWAH DAN SALAM PERJUANGAN

Alhamdulillah dengan izin ALLAH S.W.T .. Persatuan Seni Silat Gerak Zikir ( P.S.S.G.Z ) telah mengambil satu lagi inisiatif dengan menubuhkan laman Blog kami sendiri bagi memaparkan perjalanan dan aktiviti-aktiviti pertubuhan ini dengan skop yang lebih meluas untuk dikongsi bersama.  

Terima Kasih

 "BERDIRI DI ATAS SATU TAUHID & JIHAD FISABILLILLAH MENEGAKKAN ISLAM"